Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini
Judul : Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini
link : Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini
Kejar Tayang |
Berikut adalah beberapa tip dan petua untuk menjaga mesin basuh anda supaya ia berada dalam keadaan baik, bersih dan nampak seperti baru.
Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini - Kita mencuci pakaian setiap hari di rumah. Dengan pakaian sahaja dicuci menggunakan mesin basuh, tidakkah mesin basuh juga perlu dicuci dan dijaga dengan baik supaya ia kelihatan bersih, baru dan tahan jangka hayat penggunaannya?
Dengan mesin basuh yang bersih, pakaian yang kita basuh juga akan sentiasa bersih dan berbau harum.
Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini
Berikut adalah beberapa tip dan petua untuk menjaga mesin basuh anda supaya ia berada dalam keadaan baik, bersih dan nampak seperti baru.
Mencuci dengan cara yang mesra alam menggunakan cuka putih dan soda penaik
Bahan utama yang diperlukan ialah cuka putih, soda penaik dan air.
1. Keluarkan penapis habuk dan kekotoran dan cuci ia dengan sedikit cuka dan serbuk penaik dan bilas dengan air lalu dikeringkan.
2. Penuhkan mesin basuh dengan air. Jika ada cucian panas, hidupkan butang cucian panas. Jika tidak isikan dengan air biasa sahaja.
3. Masukkan 3 hingga 4 cawan cuka putih. Cuka dapat menyerap semua bau yang tidak enak dikeluarkan oleh mesin basuh di samping dapat membersihkan dan menyerap kekotoran yang terperangkap di dalam mesin basuh tersebut. Putarkan air selama 1 ke 2 minit.
4. Masukkan setengah cawan soda penaik ke dalam mesin basuh bersama campuran air dan cuka tadi.
5. Putarkan mesin basuh selama 5 minit dan biarkan ia terendam begitu selama 2 jam.
6. Selepas 2 jam, anda akan dapat melihat semua kekotoran akan mengembang dan keluar dari celah-celah mesin basuh.
7. Buangkan semua kekotoran itu. Selepas itu cuci dan bilas mesin basuh anda dengan air yang banyak sehingga ia bersih dan berkilat.
8. Setelah selesai dan kering, letakkan penapis habuk dan kotoran yang sudah bersih tadi kembali ke dalam mesin basuh.
Mencuci mesin basuh dengan serbuk pencuci khas mesin basuh
Jika anda tidak suka menggunakan soda penaik dan cuka putih, anda boleh menggunakan serbuk pencuci khas mesin basuh yang terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama.
1. Penuhkan mesin basuh dengan air dan masukkan serbuk pencuci mesin basuh itu dengan sukatan yang disyorkan pada diskripsi di bekas serbuk pencuci mesin basuh tersebut.
2. Putarkan mesin basuh selama 5 minit dan biarkan ia selama 3 jam.
3. Selepas 3 jam semua kekotoran akan keluar dan buangkan semua kekotaran itu.
4. Bilas dan cuci sehingga bersih mesin basuh anda sampai ia nampak berkilat dan baru.
Semasa anda menunggu mesin basuh anda direndam samada dengan campuran cuka dan soda penaik atau serbuk pencuci mesin basuh, anda bolehlah mencelup sedikit air campuran itu sambil mencuci celah-celah mesin basuh dengan menggunakan berus khas atau berus gigi yang tidak dipakai lagi terutama di bahagian atas yang sememangnya sangat kotor dan terlekat habuk.
Selepas itu bilas dengan air bersih dan lapkan permukaan itu dan keseluruhan mesin basuh dengan kain yang bersih. Jika anda mempunyai kain pencuci mikro fiber, ia adalah lebih baik kerana kain ini akan mengelap dan menarik semua habuk dan kekotoran melaluinya. Mesin basuh anda akan nampak lebih berkilat dan baru.
Ikutilah tip ini. Jangan lupa untuk membersihkan mesin basuh anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Anda perlu rajin untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
Dengan mesin basuh yang bersih, pakaian yang anda cuci bukan sahaja bersih, malah berbau harum dan segar. Selamat mencuba!
Sumber: Era Baru
Cukup Sekian Informasi Tentang Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini
Sekianlah artikel Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda, Pasti Anda Tidak Sangka Mesin Basuh Anda Berdaki Dan Kotor Sebegini dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2017/08/cara-membersihkan-mesin-basuh-anda.html