Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar)

Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar) - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar) yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar)
link : Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar)

Kejar Tayang |
Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar) - TATKALA seluruh negara sedang menangisi pemergian tragis anak-anak sekolah tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah 14 September lalu akibat kebakaran, beberapa keping gambar menunjukkan rumah baharu yang sepatutnya bakal diduduki pelajar-pelajar itu tersebar di media sosial, hari ini, Ahad.

Menerusi beberapa gambar yang dikirim oleh seorang pengguna Facebook bernama Abdul Jalil Shamsir, fasiliti dan persekitaran rumah baharu sekolah tahfiz tersebut kelihatan lebih kondusif dan luas dengan tersedia gelanggang tenis dan kemudahan-kemudahan lain seperti awning dan water cooler.
Menurut pengetuanya Mohd Zahid Mahmood, bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.

“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.

“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” katanya kepada media beberapa hari lalu.

Rumah yang terletak di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Sementara itu, buat masa ini kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.

Dengan perpindahan pelajar-pelajar ini ke tempat baharu itu mungkin sedikit sebanyak dapat menyembuhkan kesedihan yang mereka alami akibat kehilangan rakan-rakan serta guru-guru mereka dalam kejadian itu.

Sekadar mengimabas kembali, pada Selasa 14 September lalu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut dalam insiden yang berlaku pada jam 5.20 pagi itu selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah hasil siasatan mendapati insiden tersebut mempunyai unsir jenayah di sebaliknya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.

Beliau berkata polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.
Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.

Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 Sept untuk siasatan lanjut, menurut laporan Bernama.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

Cukup Sekian Informasi Tentang Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar)

Sekianlah artikel Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bangunan Baharu Tahfiz Ittifaqiyah Lebih Cantik, Canggih (6 Gambar) dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2017/09/bangunan-baharu-tahfiz-ittifaqiyah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :