"Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak"
Judul : "Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak"
link : "Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak"
Kejar Tayang |
"Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak" - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri johari Abdul Ghani berkata, kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia meningkat dengan mendadak bagi memastikan kepentingan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terjejas.
Katanya lagi, walaupun harga minyak mentah dunia mencatatkan aliran menaik ketika ini, ia masih lagi dalam keadaan terkawal.
Oleh itu katanya, kerajaan akan meneruskan mekanisme menentukan harga minyak yang sedia iaitu penentuan harga runcit bahan api berdasarkan pergerakkan harga minyak mentah dunia.
"Apa yang kita buat, mungkin pada masa depan kalau harga minyak mendadak sampai AS$100 setong, dan kerajaan mendapat jumlah pendapatan yang besar, kita akan pulangkan kepada rakyat bagi meringankan impak golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
Ketika ini, harga runcit petroleum yang dijual di Malaysia adalah RON 97 (RM 2.66 per liter), RON 95 (RM 2.38 per liter) dan Diesel (RM 2.25 per liter).
Harga baru bahan api tersebut akan dikemaskini pada lewat petang Rabu minggu depan, 22 November yang akan berkuatkuasa menjelang pukul 12 tengah malam hari yang sama sehingga kemaskini harga baru dibuat pada setiap hari Rabu minggu seterusnya.
Sumber: BH Online via Siakapkeli
Cukup Sekian Informasi Tentang "Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak"
Sekianlah artikel "Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Harga Minyak Masih Dalam Keadaan Terkawal, Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Naik Mendadak" dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2017/11/harga-minyak-masih-dalam-keadaan.html