Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'

Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi' - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi' yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'
link : Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'

Kejar Tayang |
Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'. KELUARGA di Kampung Hilir, Sri Aman gempar selepas biawak gergasi berkelakuan agak agresif ‘menceroboh' bahagian tandas rumah mereka, hari ini.


Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata, reptilia berkenaan dipercayai memasuki tandas di rumah keluarga berkenaan melalui pintu ruangan dapur yang terbuka.

"Berdasarkan laporan yang diterima, kehadiran biawak itu dikesan seorang anggota keluarga berkenaan ketika mahu menggunakan tandas sebelum menghubungi APM Sri Aman pada 1.58 petang meminta bantuan.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Lans Kopral Jacky Enus bagi melakukan operasi menangkap reptilia berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, dua anggota APM Sri Aman mengambil masa tujuh minit bagi menangkap biawak berkenaan menggunakan peralatan khas.

"Biawak gergasi sepanjang satu meter itu berkelakuan agak agresif, malah cuba menyerang anggota bertugas ketika cuba ditangkap," katanya.

Sementara itu, dalam kalangan masyarakat Iban, biawak berkenaan bukan biawak biasa, sebaliknya dipanggil ‘bandau’, dengan saiznya mampu mencecah antara dua hingga tiga meter, selain memiliki gigitan berbisa. - myMetro

Cukup Sekian Informasi Tentang Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'

Sekianlah artikel Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi' dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/05/terbantut-hajat-gara-gara-biawak-gergasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :