Ajal Wanita Berhati Waja

Ajal Wanita Berhati Waja - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Ajal Wanita Berhati Waja yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Ajal Wanita Berhati Waja
link : Ajal Wanita Berhati Waja

Kejar Tayang |
Ajal Wanita Berhati Waja|BEKAS sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) maut selepas ditembak di dada oleh rejim Zionis ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khua’za, Gaza, semalam.


Ajal Wanita Berhati Waja


Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, mangsa, Razan Ashraf Najjar, 21, yang juga warga Palestin pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.
“Dia (Razan) membantu menghulurkan bantuan makanan disediakan MyCARE kepada pelarian di Gaza sepanjang bulan Ramadhan, tahun lalu. Bagaimanapun, tahun ini, dia tidak bertugas sebagai sukarelawan MyCare kerana bertugas sebagai paramedik.

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita kematiannya yang dianggap kejam kerana dibunuh ketika menjalankan tugas membantu insan yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Kamarul berkata, Razan ada menyuarakan hasratnya untuk meneruskan aktiviti sukarela, namun tidak sempat menyempurnakan sepenuhnya niat baiknya itu.

“Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.

“Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian MyCare, 03-89412341 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Menerusi Facebook MyCare, Razan dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai syahid.

“Boleh sahaja jika saya (Razan) hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.

“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” katanya yang dipetik melalui Facebook NGO terbabit.

Cukup Sekian Informasi Tentang Ajal Wanita Berhati Waja

Sekianlah artikel Ajal Wanita Berhati Waja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ajal Wanita Berhati Waja dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/06/ajal-wanita-berhati-waja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :