Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib

Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib
link : Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib

Kejar Tayang |
Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib. SEMUA pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditarik balik oleh kerajaan, hari ini.


Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib

Najib melalui status Facebook rasminya memaklumkan semua anggota terbabit yang bertugas dengannya di Pejabat Perdana Menteri dan kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya, ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC.

“Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

“Sejak beberapa minggu ini, semua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata

perpisahan.

“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun ketika saya masih Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Najib turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersamanya.

“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” katanya. - myMetro

Cukup Sekian Informasi Tentang Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib

Sekianlah artikel Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/05/kerajaan-tarik-balik-pegawai-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :