Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah

Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah
link : Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah

Kejar Tayang |
Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah. SUAMI penyanyi popular, Ziana Zain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan pindaan kerana menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelakinya pada 24 Februari lalu.


Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah


Tertuduh, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di bahagian tangan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara 8 malam hingga 10.30 malam, pada 24 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, Armin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada 8 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kes berkenaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tertuduh diwakili peguam Nurul Fadzlinda Ibrahim dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Turut hadir ketika prosiding berkenaan, peguam pemerhati yang dilantik Ziana, Luqman Mazlan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 28 Mei ini bagi serahan dokumen. - myMetro

Cukup Sekian Informasi Tentang Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah

Sekianlah artikel Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/05/suami-ziana-zain-mengaku-tak-bersalah.html

Subscribe to receive free email updates: