Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas

Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas
link : Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas

Kejar Tayang |
Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas. JAKARTA: Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut di perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lalu.


Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas


Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia (KNKT) Soerjanto Tjahjono, berkata pesawat itu tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai selepas terhempas di laut akibat kelajuan tinggi dan hentaman kuat.

“Pesawat itu meledak atau pecah (berkecai) selepas menyentuh air, serpihan-serpihan pesawat ditemui berselerakan di radius 250 meter di dasar laut,” katanya.

Setakat operasi pencarian pesawat itu yang memasuki hari kesembilan hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan-serpihan pesawat, enjin dan roda pesawat, barangan milik peribadi penumpang serta cebisan dan anggota mayat penumpang.

Pada Khamis lalu, pasukan SAR menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat, dan kini fokus pencarian adalah kepada sebahagian lagi kotak hitam pesawat itu iaitu “Cockpit Voice Recorder (CVR).”

Operasi SAR yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar, menemui FDR itu kira-kira 500 meter dari koordinat pesawat itu terhempas.

Penerbangan JT610, yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 29 Oktober jam 6.20 pagi.

Operasi SAR itu turut mengorbankan seorang penyelam awam, Syachrul Anto, 48, seorang penyelam dari Indonesia Diving Rescue Team pada 3 November lalu akibat mengalami ‘decompression sickness’.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi, berkata fokus operasi kini bertumpu di koordinat yang ditemui alat FDR, namun menghadapi kesukaran berikutan isyarat ‘ping’ dari CVR itu gagal dikesan sejak dua hari lalu.

“Setakat hari ini, 164 kantung (beg jenazah) dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia untuk proses identifikasi, kantung itu terdiri daripada 429 cebisan anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Setakat ini juga, sebanyak 27 jenazah dikenal pasti menerusi ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA). - BERNAMA


Cukup Sekian Informasi Tentang Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas

Sekianlah artikel Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/11/pesawat-lion-air-berkecai-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: