Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori

Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori
link : Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori

Kejar Tayang |
PEKERJA syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang lori di Kilometer 310.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Ipoh, tengah malam tadi.



Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ahmad Muhaimin Fathil Suhairi, 33, berasal dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian selepas parah pada muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar belakang lori.

“Pemandu lori yang menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang berhenti di bahu jalan dengan kereta mangsa masih melekat di belakang lori berkenaan.

“Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan kenderaan PERODUA Alza terperosok di belakang lori terbabit.

“Seorang mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

“Anggota kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mayat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.10 pagi,” katanya. - myMetro

Cukup Sekian Informasi Tentang Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori

Sekianlah artikel Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu maut kereta 'melekat' belakang lori dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/12/pemandu-maut-kereta-melekat-belakang.html

Subscribe to receive free email updates: