Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?

Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan? - Sahabat yang berbahagia, kali ini Kejar Tayang akan memberikan informasi penting , viral dan terupdate dengan judul Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan? yang telah kami analisa dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi yang kami sajikan mengenai Artikel Viral News, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?
link : Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?

Kejar Tayang |
Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?. SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendakwa status Islam, Melayu dan Bumiputera selaku paksi jati diri nasional mungkin dihapuskan selepas PRU14.


Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?


Pemangku Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, masa depan sosioekonomi Melayu, Islam dan Bumiputera juga berada dalam darurat dan cukup terancam.

Katanya, ini kerana perjuangan parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) menggambarkan untuk mewujudkan kesamarataan mengenai status Islam, Bahasa Melayu dan sosioekonomi Bumiputera.

“Dalam kata lain, uat Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia, selaku penduduk majoriti dan bangsa teras, mungkin jadi sasaran reformasi struktur, institusi dan perlembagaan untuk membolehkan Harapan mencapai matlamat kesamarataan di atas.
“Ini kerana faktor utama yang menggembelengkan komponen Harapan pada hari ini, hanya soal integriti, ketelusan, tadbir urus dan anti-rasuah. Bukannya tata cara perlembagaan mengenai bangsa teras, jati diri dan kesamarataan dalam konteks Malaysia yang majmuk, serta kelangsungan dan keselamatan nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara juga ada menyebut beliau akan memansuhkan segala dasar affirmatif atau dasar berasaskan bangsa.

“Menurut Anwar, pemansuhan dasar affirmatif ini untuk membolehkan pembentukan program sosioekonomi yang baru bagi membantu masyarakat miskin di Malaysia, tanpa mengira kaum. Dalam konteks kenyataan Anwar, warga besar Perkasa perlu insaf, bahawa jurang sosioekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di Malaysia pada hari ini kian melebar.

“Jadi, adakah pemansuhan dasar affirmatif sosioekonomi, dan digantikan dengan dasar baru yang merentasi kaum, mampu mengatasi jurang perbezaan sosioekonomi Bumiputera-bukan Bumiputera yang wujud sekarang?,” soalnya.

Ruhanie turut mempersoalkan sama kerajaan Harapan mampu memerintah Malaysia berasaskan konsep bangsa teras, jati diri nasional dan kesamarataan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimana jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menerajui Harapan dan Malaysia? Apakah yang mesti Perkasa lakukan mulai sekarang? 

“Perlukah Perkasa selaku NGO yang selama ini berhempas-pulas mempertahankan hak Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan; di samping menghormati hak absah bukan Bumiputera dalam Perlembagaan yang sama; kita tukar menjadi sebuah parti politik?,” katanya. - Sinar Harian

Cukup Sekian Informasi Tentang Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan?

Sekianlah artikel Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Islam, Melayu dan Bumiputera dihapuskan? dengan alamat link https://kejartayang11.blogspot.com/2018/05/islam-melayu-dan-bumiputera-dihapuskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :